Geraint Thomas. FOTO Agensi
Geraint Thomas. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Geraint Thomas bersedia menandatangani kontrak baharu bersama Ineos Grenadiers selepas tempoh rundingan sukar dan panjang.

Kontrak juara Tour de France 2018 itu dijangka tamat pada hujung tahun ini.

Thomas, 35, menarik minat beberapa pasukan lain tetapi hampir pasti bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama Ineos, pasukan yang diwakili sejak 2010.

"Saya hampir menyelesaikannya tetapi belum menurunkan tanda tangan lagi." kata Thomas kepada BBC Sport Wales.

"Ia agak sukar. Saya harus mengasingkan soal emosi dan perniagaan.

"Saya sudah mengenali Dave [Brailsford, bos pasukan Ineos] sejak 2003 dan hubungan itu sangat baik tetapi dia mempunyai ketuanya dan agendanya malah ada juga perancang membabitkan saya serta apa yang keluarga saya mahukan.

"Jadi ia agak sukar. Ia adalah yang paling teruk [kontrak] untuk mencapai persetujuan kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa ditempuhi namun saya gembira akhirnya semuanya hampir berjaya diselesaikan.

"Selepas ia diumumkan, kami boleh meneruskan kehidupan dan saya boleh memberi tumpuan mendapatkan kecergasan dan seterusnya menunggang basikal."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 12:21 PM