THIEM gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Perancis. FOTO EPA
THIEM gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Perancis. FOTO EPA
AFP

Paris: Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev berjaya bangkit selepas ketinggalan dua set untuk mengalahkan rakan senegara dan juga pemain kelayakan, Oscar Otte 3-6, 3-6, 6-2, 6-2, 6-0 untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis.

Naib juara Terbuka Amerika Syarika (AS) tahun lalu itu dan dua kali mara ke suku akhir Roland Garros, akan berdepan wakil Russia, Roman Safiullinn yang juga pemain dari pusingan kelayakan.

Zverev, 24, berada dalam keadaan bahaya dan hampir mengikut jejak pilihan keempat, Dominic Thiem yang gagal melepasi halangan pertama.

Bagaimanapun, dia mendapat rentak semula pada set ketiga dan terus berjuang untuk meraih kejayaan.

Ia adalah kemenangan ketujuhnya dalam perlawanan yang berlangsung sehingga lima set di Rolad Garros.

Sementara itu, dalam aksi yang berlangsung lebih awal, Thiem terkandas selepas tumpas kepada pemain veteran Sepanyol, Pablo Andujar.

Andujar yang berusia 35 tahun berjaya melakukan kebangkitan untuk menumpaskan naib juara dua kali Rolannd Garros itu 4-6, 5-7, 6-3, 6-4, 6-4 dalam aksi selama hampir empat jam setengah di Court Philippe Chatrier.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah karier 17 tahun Andujar berjaya bangkit selepas ketinggalan dua set untuk memenangi perlawanan.

"Ia saat yang sangat istimewa kerana saya sudah berusia 35 tahun dan saya tidak tahu berapa lamakah lagi saya akan terus bermain. Saya harus percaya diri sendiri supaya dapat lagi keputusan seperti ini.

"Ia sangat sukar, namun pada set ketiga dia sudah tidak mempunyai kekuatan," kata Andujar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 9:37 AM