SCOTT mengambil keputusan menarik diri kerana mahu fokus kepada keluarga. FOTO AFP
SCOTT mengambil keputusan menarik diri kerana mahu fokus kepada keluarga. FOTO AFP
AFP

Washington: Pemain golf Australia, Adam Scott mengeluarkan namanya yang berada dalam pertimbangan ke Olimpik Tokyo, sekali gus menyertai Dustin Johnson yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai temasya berkenaan.

Pengurus Scott, Johan Elliot berkata memberitahu bahawa jadual kejohanan di Jepun iaitu 29 Julai hingga 1 Ogos tidak bersesuaian dengan kalendar di Australia.

Scott, yang menduduki ranking ke-35, juga sebelum ini membuat pilihan tidak beraksi di Olimpik Rio 2016 dengan memberi alasan penularan virus Zika dan masalah penjadualan.

"Dengan keadaan dunia seperti yang berlaku sekarang, Adam akan mengambil masa empat hingga lima minggu tahu ini jika terbabit dalam kejohanan tahun ini.

"Tiga anaknya berada di rumah, kali ini jadualnya lebih terarah kepada keluarga. Ini adalah satu-satunya masa sehingga Oktober ketika dia berpeluang melihat mereka selama beberapa waktu dan bukan hanya beberapa hari dalam seminggu," kata Elliot.

Saingan golf di Olimpik berlangsung di Kasumigaseki Country Club iaitu dua minggu selepas Terbuka British dan seminggu sebelum WGC di Memphis, Tennessee.

Johnson sebelum ini mengambil keputusan untuk menarik diri dari skuad Olimpik Amerika Syarikat berikutan masalah penjadualan dan perjalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 2:53 PM