SYED Akmal hadiah emas buat negara pada Sukan Sea Filipina.
SYED Akmal hadiah emas buat negara pada Sukan Sea Filipina.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada temasya Sukan Sea Vientam hujung tahun ini.

Keyakinan itu disuarakan presidennya, Datuk Radzi Mansor yang yakin barisan atletnya mampu merealisasikan tanggungjawab itu selain memperbaiki pencapaian dua tahun lalu di Filipina.

Pada temasya lalu skuad petanque negara membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa untuk menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Thailand yang meraih dua emas dan satu perak.

Emas skuad negara dihadiahkan skuad trio yang dibarisi Muhamad Hafizudin Mat Daud, Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Saiful Bahri Musmin.

"Setakat ini, skuad negara mempunyai 12 atlet senior dan sembilan pelapis yang akan diserapkan sebagai atlet negara. Mereka ketika ini menjalani latihan di Majlis Sukan Negara Keramat.

"Ketika ini, sama seperti sukan lain, atlet petanque negara hanya menjalani latihan dan masih belum ada sebarang pengesahan berhubung kejohanan di luar negara.

"Namun PPM merancang menganjurkan kejohanan trio yang akan menjadi pemilihan atlet untuk ke Sukan Sea nanti dan kejohanan berkenaan sepatutnya berlangsung pada Januari lalu itu mungkin akan diadakan selepas Hari Raya apabila mendapat kelulusan MOM," katanya. Untuk rekod, sebanyak lapan emas ditawarkan dalam sukan petanque di Vietnam kali ini dan kontinjen negara akan menghantar skuad gabungan senior dan junior.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 8:41 PM