SAVINHO (kanan) berjabat tangan dengan rakan sepasukan selepas tamat perlawanan menentang Uruguay.
SAVINHO (kanan) berjabat tangan dengan rakan sepasukan selepas tamat perlawanan menentang Uruguay.
Reuters

Manchester: Pemain sayap Brazil Savinho menyertai Manchester City dengan kontrak lima tahun, menurut juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.

City dilaporkan membayar £31 juta (RM187 juta) untuk menandatangani pemain berusia 20 tahun itu yang dipinjamkan ke kelab Sepanyol Girona dari kelab Perancis Troyes musim lalu dan menjaringkan sembilan gol dalam 37 aksi LaLiga.

"Saya sangat gembira menyertai Manchester City. Semua orang tahu mereka kelab terbaik dunia pada masa ini," kata Savinho dalam kenyataannya.

"Saya tak sabar bekerja di bawah kendalian Pep Guardiola, antara jurulatih terbaik dan seseorang yang saya tahu dapat membantu saya meningkatan prestasi."

"Saya mempunyai waktu yang hebat di Sepanyol dan gembira dengan cabaran baharu bakal saya hadapi di EPL serta bermain dengan antara pemain terbaik dunia."

Savinho beraksi tujuh kali untuk Brazil dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya bulan lalu ketika menentang Paraguay di Copa America.

City yang meraih empat gelaran EPL terakhir memulakan kempen mempertahankan kejuaraan di Chelsea pada 18 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2024 @ 9:48 AM