REAKSI  Vinicius Junior selepas Carvajal menjaringkan gol ketiga Madrid. FOTO Reuters
REAKSI Vinicius Junior selepas Carvajal menjaringkan gol ketiga Madrid. FOTO Reuters
AFP

Riyadh: Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 5-3 selepas masa tambahan dalam aksi menarik di Arab Saudi untuk mara ke final Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.

Mario Hermoso dan Antonio Rudiger menjaringkan gol menerusi tandukan untuk pasukan masing-masing pada awal babak pertama sebelum Ferland Mendy meletakkan Madrid di depan dalam saingan di Stadium Al-Awwal Park di Riyadh.

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan untuk Atletico sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kelabnya.

Jaringan sendiri Kepa Arrizabalaga membolehkan Rojilbancos mendahului perlawanan tetapi Dani Carvajal menyamakan kedudukan untuk Madrid dan memaksa tambahan masa.

Ketika perlawanan menuju sepakan penalti, jaringan sendiri Stefan Savic kembali meletakkan Madrid di depan dan Brahim Diaz melengkapkan kemenangan menerusi serangan balas pantas.

"Atletico bermain sangat baik, begitu juga kami, ia perlawanan hebat," kata jurulatih Madrid Carlo Ancelotti kepada Movistar.

"Kami menang kerana kami mempunyai lebih banyak tenaga pada peringkat akhir perlawanan...(pemain gantian) semuanya menjadi."

Skuad Diego Simeone Atletico satu-satunya pasukan yang menewaskan Madrid musim ini, pada September lalu. Dalam aksi final Ahad ini, Madrid akan menentang Barcelona atau Osasuna yang akan berentap awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 7:51 AM