NAIB Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub (dua kiri) menyerahkan Jersi Malaysia kepada Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan Etika, Amy Gan Siou Chin (kiri). -FOTO Ghazali Kori
NAIB Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub (dua kiri) menyerahkan Jersi Malaysia kepada Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan Etika, Amy Gan Siou Chin (kiri). -FOTO Ghazali Kori
Oleh Faizul Azlan Razak


Kuala Nerus: Wonda Coffee, antara jenama kopi terkemuka di Malaysia teruja menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jalinan kerjasama diumumkan sempena aksi perlawanan persahabatan antarabangsa antara Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T Sundram berkata, sebagai rakan jenama kopi pertama Malaysia bekerjasama bersama Harimau Malaya, kerjasama ini bermatlamat memberikan sokongan padu kepada pasukan negara.

Beliau berkata, kerjasama ini juga diharap untuk mempertingkatkan persediaan Harimau Malaya bertanding di Piala Asia 2023 yang mana Malaysia layak secara merit selepas 43 tahun.

"Di Wonda, kami percaya pada impian dan bahawa apa saja boleh direalisasikan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama bersama FAM dengan harapan untuk mencetuskan revolusi bola sepak di Malaysia.

"Melalui usaha bersama FAM, kami berharap untuk menyatukan rakyat Malaysia dan mengukuhkan asas bagi membolehkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bersaing di Piala Dunia pada masa depan," katanya menerusi kenyataan di sini.

Sementara itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya ingin mengalu-alukan Wonda Coffee sebagai rakan kopi rasmi mereka.

Beliau berkata, pihaknya gembira diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama yang mempunyai matlamat dan prinsip yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 1:48 PM