SALAH ledak 313 gol sepanjang kariernya setakat ini.
SALAH ledak 313 gol sepanjang kariernya setakat ini.
Reuters

London: Penyerang Liverpool Mohamed Salah bakal menjadi penjaring terbanyak Mesir sepanjang zaman jika dia menjaringkan gol ketika menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi Ahad ini.

Salah yang meledak 313 gol sepanjang karier cemerlang bersama kelab dan negaranya menyamai rekod bekas kapten Mesir Hossam Hassan selepas menjaringkan penalti ketika Liverpool menewaskan Fulham 1-0 kelmarin.

Salah meledak jaringan 185 kali untuk Liverpool sejak menyertai kelab Merseyside itu pada 2017 dan bakal menyamai catatan bekas kapten Steven Gerrard yang juga penjaring kelima terbanyak kelab jika dia menjaringkan satu lagi gol.

Ian Rush mendahului senarai penjaring terbanyak Liverpool dengan 346 jaringan.

Kapten Mesir Salah yang berusia 30 tahun adalah penjaring terbanyak Liverpool dalam saingan EPL dengan 136 gol.

Gol Salah sebelum ini hadir ketika menyarung jersi AS Roma (34), Fiorentina (9), Chelsea (2), Basel (20) dan 12 ketika bersama kelab zaman remajanya Al-Mokawloon Al-Arab. Dia turut meledak 51 gol antarabangsa.

Liverpool kini berada di tangga kelima EPL dengan 59 mata, empat mata di belakang pasukan di tangga keempat Manchester United yang berkelebihan satu perlawanan dalam persaingan memburu slot Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 10:17 PM