DE Ligt kembali jalani latihan. FOTO Reuters
DE Ligt kembali jalani latihan. FOTO Reuters
Reuters

Amsterdam: Pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt dan penjaga gol yang belum meraih sebarang penampilan, Bart Verbruggen menyertai semula skuad itu untuk sesi latihan, semalam, selepas terpaksa meninggalkan pasukan, Khamis lalu kerana jangkitan virus, kata Persatuan Bolasepak (FA) Belanda.

Kedua-dua pemain tidak beraksi ketika tewas 0-4 di Perancis dalam perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan B Euro 2024, semalam.

Bagaimanapun mereka sudah pulih untuk bersaing meraih tempat pada perlawanan kelayakan Selasa ini di laman sendiri menentang Gibraltar di Rotterdam.

De Ligt dan Verbruggen adalah antara lima pemain yang dihantar pulang selepas virus melanda skuad pada malam sebelum kunjungan mereka ke Paris.

Tiada maklumat terkini mengenai keadaan pertahanan Sven Botman, penyerang Cody Gakpo atau pemain tengah Joey Veerman, yang turut mengalami simptom seperti selesema.

Namun Belanda sudah kehilangan dua lagi pemain apabila Lutsharel Geertruida, yang membuat penampilan pertamanya menentang Perancis, mengalami kecederaan hamstring dan bek tengah, Stefan de Vrij pulang ke rumahnya di Itali untuk bersama teman wanitanya yang akan melahirkan anak.

Gibraltar tewas 0-3 dalam perlawanan pembukaan mereka di halaman sendiri kepada Greece.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2023 @ 8:35 AM