MOHAMED Salah. FOTO Reuters
MOHAMED Salah. FOTO Reuters
Reuters

London: Vila penyerang Liverpool Mohamed Salah di Kaherah dirompak ketika dia berada di England, lapor media tempatan.

Dekoder siaran televisyen dicuri dari dalam rumah itu dan siasatan polis sedang dijalankan. Sumber pihak keselamatan memberitahu akhbar Mesir, Shorouk bahawa tiada barang kemas diambil.

Tiada sesiapa di dalam vila ketika kejadian itu.

Salah yang juga Kapten Mesir, Salah, 30, dijadual melawat negara asalnya minggu depan kerana dia akan mengetuai pasukan kebangsaan menentang Malawi dalam kelayakan Piala Negara Afrika di tempat sendiri pada 24 Mac dan aksi di tempat lawan empat hari kemudian.

Salah minggu lalu muncul penjaring terbanyak Liverpool sepanjang zaman di Liga Perdana dengan 129 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 5:44 PM