PAN-GON menunjuk isyarat bagus kepada pemain Harimau Malaya. FOTO ASWADI ALIAS
PAN-GON menunjuk isyarat bagus kepada pemain Harimau Malaya. FOTO ASWADI ALIAS
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengingatkan anak didiknya perjalanan masih jauh biarpun membawa bekalan 1-0 untuk menghadapi aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Bangkok, Selasa ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, kemenangan tipis di depan penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam ini, harus dilupakan dan pemain perlu menjalani proses pemulihan segera untuk menghadapi ujian getir di gelanggang lawan nanti.

"Saya amat berbangga dengan pemain Harimau Malaya dan tahniah kepada mereka.

"Saya rasa malam ini penyokong Malaysia patut bangga dengan pemain negara. Sokongan yang diberikan menakjubkan daripada penyokong.

"Ini baru saja separuh akhir pertama dan masih ada lagi perlawanan. Paling penting kami perlu segera pulih cergas untuk aksi kedua," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Gol tunggal Malaysia diraih menerusi Faisal Halim di minit ke-11 yang juga gol keempatnya dalam kempen Piala AFF kali ini.

Walaupun mencatat kemenangan, bekalan itu dilihat masih belum cukup 'selamat' buat Malaysia yang berhasrat untuk mara ke pentas final selepas kali terakhir layak pada kempen 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 11:48 PM