NEUER menunjukkan isyarat bagus sambil terbaring di atas katil hospital. FOTO IG Manuel Neuer
NEUER menunjukkan isyarat bagus sambil terbaring di atas katil hospital. FOTO IG Manuel Neuer
AFP

Munich: Bayern Munich mengalami tamparan hebat hari ini apabila penjaga gol utama, Manuel Neuer mengumumkan tidak dapat beraksi sepanjang musim ini kerana patah kaki ketika bermain ski.

Neuer bercuti untuk melupakan kekecewaan skuad Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia.

"Hi semua," tulisnya di Instagram (IG) dengan foto dia duduk di atas katil hospital sambil menunjukkan tanda bagus.

"Apa boleh saya katakan, akhir tahun mungkin boleh berlaku dengan lebih baik lagi.

"Pada ketika saya mahu merehatkan minda dengan jelajah luncur salji, kaki saya pula patah.

"Pembedahan semalam berjalan lancar, terima kasih kepada semua doktor!.

"Memang sedih apabila mengetahui musim ini sudah berakhir untuk saya."

Bayern tidak dapat menggunakan khidmat Neuer, 36, pemain penting ketika Jerman menjulang Piala Dunia 2014, sama ada pada aksi domestik atau Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bayern kini berada di tangga teratas Bundesliga dengan kelebihan empat mata di depan Freiburg dan akan berdepan cabaran sengit di pusingan 16 terakhir UCL menentang juara Perancis, Paris Saint-Germain pada aksi pertama, 14 Februari depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 11:00 PM