BOJAN Hodak. FOTO Asrol Awang
BOJAN Hodak. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


Kuantan: Kemenangan 2-0 Kuala Lumpur City FC (KL City) kepada Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam tadi, cukup bermakna buat kelab berkenaan.

Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, kejayaan mengutip tiga mata adalah keputusan yang positif, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan yang diberikan pemain terutama daripada segi corak permainan.

"Tiga mata yang diraih cukup bermakna dan saya gembira dengan keputusan pada perlawanan malam ini (semalam)," katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol KL City, masing-masing satu dijaringkan oleh Muhammad Haqimi Azim Rosli dan Zhafri Yahya pada minit ke-30 dan 72.

Dengan kemenangan itu, KL City berada di kedudukan kelima Liga Super dengan mengutip 25 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Mengulas persembahan Muhammad Haqimi Azim, Hodak berkata, penyerang muda itu beraksi dengan baik di bahagian serangan.

Katanya, pemain itu banyak membantu termasuk mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

"Namun, secara keseluruhannya semua pemain bermain dengan baik dan berjaya mengutip tiga mata di tempat lawan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 4:34 PM