PENYERANG Sri Pahang, Abdu Malik Mat Ariff (kanan) menolak bola melepasi penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin pada 3 Julai lalu. FOTO ihsan SRI PAHANG FC
PENYERANG Sri Pahang, Abdu Malik Mat Ariff (kanan) menolak bola melepasi penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin pada 3 Julai lalu. FOTO ihsan SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Penyerang Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff yang menjaringkan gol tunggal ketika skuad itu tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC), 3 Julai lalu, mahu terus meledak pada perlawanan selepas ini.

Pemain berpengalaman itu berkata, gol pertama dalam saingan Liga Super itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk memberikan persembahan lebih baik.

"Bukan sahaja teruja, malah bersyukur kerana jaringan itu adalah gol pertama saya dalam saingan Liga Super musim ini.

"Sudah lama saya menantikannya dan ia akhirnya menjadi kenyataan walaupun gagal membantu Sri Pahang untuk sekurang-kurangnya mengikat TFC pada 3 Julai lalu.

"Namun, sentuhan jaringan ini diharap berterusan pada perlawanan akan datang sambil dibantu rakan sepasukan," katanya.

Musim lalu, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu menjaringkan lima gol dalam saingan Liga Malaysia (liga M) iaitu tiga gol dalam saingan Liga Super manakala dua gol pula di Piala Malaysia.

Dengan kembalinya sentuhan jaringan itu, Abdul Malik mahu memastikan skuad itu layak ke separuh akhir Piala FA.

"Pada suku akhir Piala FA 23 Julai ini, kami akan berdepan Penang FC, sudah pasti saya dan rakan akan memastikan kemenangan buat pasukan.

"Diharapkan saya akan muncul selaku penjaring selain dibantu rakan lain untuk merealisasikannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 6:56 PM