Sergino Dest (kiri) dan Weston McKennie tersenarai dalam skuad AS bagi saingan kelayakan Piala Dunia. FOTO Agensi
Sergino Dest (kiri) dan Weston McKennie tersenarai dalam skuad AS bagi saingan kelayakan Piala Dunia. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Sergino Dest dan Weston McKennie antara 28 pemain yang disenaraikan pengendali Amerika Syarikat (AS) Gregg Berhalter bagi persediaan aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Sayap Barcelona, Dest terlepas dua aksi kelayakan pada November lalu kerana kecederaan manakala pemain tengah Juventus, McKennie tersisih perlawanan kerana penggantungan kad kuning.

Turut kembali berada dalam senarai itu adalah penyerang Settle Sounders, Jordan Morris, yang sebelum ini tidak dipanggil bagi kelayakan Piala Dunia sejak September 2017.

Bintang Chelsea, Christian Pulisic, yang kembali ke tugas antarabangsa pada November selepas tersisih kerana kecederaan hampir dua bulan juga berada dalam senarai bagi latihan pusat dekat Columbus, Ohio.

Bintang penyerang muda Amerika-Mexico, Ricardo Pepi yang menyertai Augsburg ke FC Dallas bulan ini juga antara pemain yang turut serta.

Senarai itu akan dilengkapkan dengan 23 pemain bagi perlawanan kelayakan CONCACAF.

AS akan melayan kunjungan El Salvador pada 27 Januari di Columbus, berkunjung ke Kanada pada 30 Januari dan menanti Honduras pada 2 Februari di St. Paul, Minnesota.

Dengan berbaki enam perlawanan, Kanada berada di kedudukan teratas memungut 16 mata membabitkan carta lapan negara diikuti AS dengan 15 mata dan diikuti Mexico serta Panama kedua-duanya dengan 14 mata.

SENARAI PEMAIN AS:

PENJAGA GOL: Sean Johnson (New York City FC), Gabriel Slonina (Chicago Fire), Zack Steffen (Manchester City), Matt Turner (New England Revolution)

PERTAHANAN: Reggie Cannon (Boavista), Sergiño Dest (Barcelona), Brooks Lennon (Atlanta United), Mark McKenzie (Genk), Chris Richards (Hoffenheim), Antonee Robinson (Fulham), Miles Robinson (Atlanta United), DeAndre Yedlin (Galatasaray), Walker Zimmerman (Nashville SC)

TENGAH: Kellyn Acosta (LAFC), Tyler Adams (RB Leipzig), Luca de la Torre (Heracles), Sebastian Lletget (New England Revolution), Weston McKennie (Juventus), Yunus Musah (Valencia), Cristian Roldan (Seattle Sounders)

PENYERANG: Brenden Aaronson (Red Bull Salzburg), Paul Arriola (D.C. United), Jesús Ferreira (FC Dallas), Jordan Morris (Seattle Sounders), Ricardo Pepi (Augsburg), Christian Pulisic (Chelsea), Tim Weah (Lille/FRA), Gyasi Zardes (Columbus Crew)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 9:32 AM