Aksi Cancelo (kiri) bersama Man City. FOTO Agensi
Aksi Cancelo (kiri) bersama Man City. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain pertahanan Manchester City, Joao Cancelo berkata dia mengalami kecederaan di muka ketika bertindak menghalang sekumpulan penjenayah dalam kejadian samun membabitkan keluarganya.

Pemain berusia 28 tahun itu memuat naik gambar kecederaan yang dialami di Instagram.

Kecederaan di muka dialami Joao Cancelo. FOTO Instagram  jpcancelo
Kecederaan di muka dialami Joao Cancelo. FOTO Instagram jpcancelo

"Malangnya hari ini saya diserang oleh empat pengecut yang mencederakan saya dan cuba menakutkan keluarga saya," tulisnya.

"Bila anda tidak memberi kerja sama inilah yang berlaku. Mereka berjaya mengambil semua barang kemas dan meninggalkan saya dalam keadaan cedera.

Cancelo menjadi tonggak pasukan juara bertahan itu mara ke persada carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beraksi dalam hampir semua perlawanan City pada saingan liga musim ini.

Dia dipilih dalam senarai pasukan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Liga Perdana bagi musim 2020-21. Pemain itu menyertai City dari Juventus pada Ogos 2019.

Manchester City dalam satu kenyataan berkata mereka terkejut dengan kejadian yang menimpa pemain antarabangsa Portugal itu.

Kelab berkenaan berkata: "Joan dan keluarganya mendapat sokongan penuh kelab dan pemain berkenaan membantu polis dengan memberi kerjasama yang diperlukan bagi menyiasat kejadian yang serius itu."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Disember 2021 @ 6:47 PM