PENGENDALI Spurs, Nuno Espirito Santo. -AFP
PENGENDALI Spurs, Nuno Espirito Santo. -AFP
Agensi

London: Nuno Espirito Santo meminta komitmen yang sama dari pemainnya ketika beliau terus mencari konsistensi di Tottenham.

Berada di puncak Liga Perdana pada penghujung Ogos berikutan tiga kemenangan berturut-turut, Spurs mengharungi prestasi bercampur sejak itu dan ia membawa persoalan kepada masa depan jurulatih itu biarpun baru mengendalikan kelab utara London itu pada penghujung Jun.

Masih mencari skuad terbaik dalam berusaha mengembalikan skuad ke landasan yang tepat, Dele Alli dan Harry Winks terpaksa diketepikan pada malam Rabu perlawanan Piala Carabao Cup di Burnley.

Melihat Tanguy Ndombele terlepas peluang pada minggu-minggu awal musim sementara masa depannya masih diragui sebelum kembali disenaraikan dalam skuad utama jurulatih dan perkara yang sama turut boleh berlaku kepada Alli dan Winks.

"Saya minta maaf tidak boleh memberi tahu secara terperinci apa yang kami bincang dan harap anda faham," jelas pengendali berusia 47 tahun itu.

"Semua situasi yang kami ada bersama pemain kami akan jaganya apabila kami merasakan ia perlu.

"Mungkin ketika kami di sini dan saya secara peribadi mendengar, melihat dan membuat keputusan. Keputusan di buat berdasar banyak situasi.

"Kerana akhirnya apa yang kita mahu ialah semua pemain terbabit sama. Perkara itu sangat penting.

Salah seorang pemain yang paling menonjol di Tottenham sejak sebulan lalu adalah Cristian Romero yang diikat pada musim panas lalu.

Memulakan musim di bangku simpanan selepas berpindah dari Atalanta, pemain berusia 23 tahun itu menjadi pilihan utama sejak September dan prestasi sangat menonjol bersama Spurs.

Beraksi dengan baik ketika mengawal Michail Antonio sewaktu menentang West Ham, Romero kemudiannya mempamerkan persembahan terbaik ketika di Burnley pertengahan minggu lalu untuk membantu pasukan mencatatkan keputusan yang diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 11:07 AM