RONALDO bakal dijual Juventus untuk mendapatkan kembali wang tunai. FOTO AFP
RONALDO bakal dijual Juventus untuk mendapatkan kembali wang tunai. FOTO AFP
Agensi

Turin: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan akan dijual oleh Juventus untuk mendapatkan wang tunai sebelum kontraknya tamat.

Menurut laporan Sports, skuad Old Lady mempertimbangkan untuk menjual pemain itu musim panas ini atas alasan kewangan kesan daripada penularan wabak Covid-19.

Pendapatan Ronaldo dianggarkan £540,000 (RM2.9 juta) seminggu, jumlah itu empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi dibayar kelab, Matthijs de Ligt.

Kontrak Ronaldo, 35, akan berakhir pada 2022 pasukan yang turut digelar Bianconeri itu mungkin turut berisiko melihat penyerang prolifik itu meninggalkan kelab secara percuma.

Dengan usia Ronaldo yang terus meningkat, gergasi Serie A itu berharap mereka dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang dibelanjakan untuk mengikat kapten Portugal itu dari Real Madrid pada 2018.

Dia diikat Juventus dengan tujuan untuk membantu skuad Bianconeri mendominasi Liga Juara-Juara, namun pengurusan tertinggi kelab kecewa selepas pasukan itu tersingkir di suku akhir dan 16 terakhir sejak kedatangannya.

Ronaldo sudah meledak 71 gol dalam 94 penampilan untuk Juventus, termasuk enam gol hanya dalam empat perlawanan pada awal kempen Serie A ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2020 @ 9:52 PM