Aksi Shevon Lai-Goh Soon Huat. FOTO Badminton Photo
Aksi Shevon Lai-Goh Soon Huat. FOTO Badminton Photo
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai kempunan untuk muncul juara Terbuka Switzerland apabila tewas kepada pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-12, 18-21, 17-21, sebentar tadi.

Meskipun memberi saingan sengit, gandingan negara itu nyata tidak mempunyai jawapan untuk menafikan kemenangan lawan mereka itu yang meraih kemenangan pertama dalam lima pertemuan antara mereka sebelum ini.

Soon Huat-Shevon memberi harapan apabila memenangi set pertama namun mereka tidak berjaya mengekalkan momentum itu pada set kedua dan di set penentuan.

Kegagalan terbaru itu juga meneruskan kemarau kejuaraan pasangan negara itu yang kali terakhir meraih gelaran di Terbuka Singapura 2018.

Soon Huat-Shevon dijadual menyertai dua kejohanan di Korea Selatan iaitu Terbuka Korea dari 5 hingga 10 April ini dan Korea Masters di Gwangju, dua hari selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 10:49 PM