Kuartet Barcelona dari kiri Lenglet, Pique, Ter Stegen dan De Jong.
Kuartet Barcelona dari kiri Lenglet, Pique, Ter Stegen dan De Jong.
AFP

Madrid: Gerard Pique, Frenkie de Jong, Marc-Andre ter Stegen dan Clement Lenglet melanjutkan kontrak bersama Barcelona serta bersetuju melakukan "perubahan gaji sementara" umum kelab itu.

Barca dalam kenyataannya: "Persetujuan sudah dicapai susulan rundingan beberapa minggu dan termasuk perubahan gaji sementara berikutan beberapa situasi semasa mengganggu persiapan kelab berdepan krisis Covid-19."

Pique melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2024, dengan pemain pertahanan itu bakal membuat kemunculan dalam beberapa perlawanan musim 2021-22.

Jika Pique memenuhi syarat kontrak, yang termasuk klausa pembelian sekitar 500 juta Euro (RM2.45 bilion), dia berusia 37 tahun apabila kontraknya tamat.

Komitmen Ter Stegen untuk kekal di kelab itu adalah keputusan yang melegakan buat Barcelona.

Perjanjian terbaharu penjaga gol itu sah hingga Jun 2025 dengan klausa pembelian sama manakala De Jong dan Lenglet melanjutkan kontrak hingga Jun 2026.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 10:05 AM