INSIDEN Aguero memegang bahu dan leher pembantu pengadil wanita ketika City menentang Arsenal. FOTO Agensi
INSIDEN Aguero memegang bahu dan leher pembantu pengadil wanita ketika City menentang Arsenal. FOTO Agensi
Agensi

London: Sergio Aguero dikritik selepas meraba bahu pembantu pengadil, Sian Massey-Ellis semalam.

Penyerang Manchester City itu tidak puas hati dengan keputusan lontaran ke dalam yang diberikan kepada Arsenal ketika insiden terbabit.

Pembantu pengadil itu kemudiannya menepis tindakan Aguero.

Berdasarkan peraturan baharu 2016 sebarang kontak fizikal dengan pengadil atau pembantunya, pemain boleh dilayangkan kad merah atau kuning bergantung kepada tahap kesalahan.

Tetapi Aguero terlepas hukuman serta merta yang mengundang kritikan peminat bola sepak.

Piers Morgan dalam tweeternya berkata: "Erm, apa yang telah dilakukan Aguero di sana? Kenapa dia tidak dibuang padang.''

Ahli politik Dr Rosena Allin-Khan turut menyelar: "Aguero fikir dia siapa. Langsung tak boleh diterima"''

Sementara itu, penulis bola sepak, Leanne Prescott berkata: "Aguero menyentuh leher Sian Massey, sangat sangat teruk.

"Malah tak boleh diterima jika pengadil itu lelaki. Boleh menjatuhkan maruah dan ia perbuatan tak boleh diterima. Dia langsung tak fikir kesannya.''

Semalam, pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak gembira ketika ditanya mengenai tindakan Aguero dan dia berkata: "Cukuplah , Sergio orang paling baik pernah saya jumpa, jadi cari masalah dalam situasi lain dan bukan yang ini. Kami gembira dia kembali bersama kami.''

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 9:02 PM