BRUNO Fernandes bersama jersi ketiga United. FOTO Agensi
BRUNO Fernandes bersama jersi ketiga United. FOTO Agensi
Agensi

MANCHESTER United mendedahkan jersi ketiga mereka untuk musim baharu dengan Adidas mengambil inspirasi corak lebih seabad yang lalu.

Red Devils membuka tirai Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan Crystal Palace pada 19 September.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer diberi pelepasan cuti lebih lama dan memulakan kempen seminggu lewat berbanding pasukan lain dalam liga.

Adidas pula menyelongkar koleksi lama dan mendapat inspirasi daripada corak pernah digunakan kelab itu untuk jersi terbaru mereka.

Tiga warna tradisi kelab - merah, putih dan hitam digabungkan dalam jersi bercorak jalur yang menyerlahkan ketrampilan pemain.

Stokin dan seluar pendek putih melengkapkan set jersi ketiga itu.

Corak jalur pada jersi United pernah digunakan pada tahun pertama di Old Trafford lebih seabad lalu.

Ketika itu mereka memakai jersi berjalur biru klasik dan putih sebagai jersi alternatif dan corak tahun ini tertera 'jalur 110 tahun' di kolar.

Sebelum ini Red Devils sudah pun mendedahkan jersi dengan warna tradisi merah di tempat sendiri dan hitam ketika berkunjung ke tempat lawan.

MARCUS Rashford bergaya bersama jersi bercorak ala kuda belang. FOTO Agensi
MARCUS Rashford bergaya bersama jersi bercorak ala kuda belang. FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 11:43 PM