ABIDAL menerima nasib sama seperti Setien. FOTO Agensi
ABIDAL menerima nasib sama seperti Setien. FOTO Agensi
AFP

BARCELONA memecat Eric Abidal sebagai pengarah sukan, umum kelab itu dalam satu kenyataan, sehari selepas memecat jurulatih, Quique Setien.

"Barcelona dan Eric Abidal sudah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya," kata kelab itu di laman web rasmi mereka.

Seperti Setien, Abidal yang juga bekas pertahanan antarabangsa Perancis, terpaksa membayar harga tinggi selepas Barcelona menamatkan musim yang bermasalah apabila tewas kepada Real Madrid dalam perebutan kejuaraan La Liga.

Barcelona kemudian dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 10:50 PM