TREK Stadium Olimpik Tokyo sedia untuk digunakan bulan ini. FOTO Agensi
TREK Stadium Olimpik Tokyo sedia untuk digunakan bulan ini. FOTO Agensi
AFP

STADIUM Olimpik baru Tokyo akan menganjurkan kejohanan pertama olahraga pada 23 Ogos ini selepas ia diumumkan oleh Persekutuan Olahraga Dunia (WA)

Kejohanan itu akan membabitkan atlet jepun atau atlet yang berpangkalan di negara berkenaan.

"Memandangkan sekatan perjalanan yang dihadapi Jepun, kejohanan itu akan berlangsung sebagai saingan kebangsaan, namun beberapa atlet Kenya dan Habsyah yang mewakili kelab profesional Jepun juga akan mengambil bahagian," kata WA dalam satu kenyataan.

WA menambah bahawa lima daripada 11 pelari terpantas Jepun akan mengambil bahagian dalam acara 100 meter.

Kejohanan itu juga akan membabitkan sembilan acara lelaki dan wanita, membabitkan sembilan acara balapan dan dua lagi ialah merejam lembing serta lompat jauh.

Disebabkan kejohanan sekolah menengah di Jepun dibatalkan, penganjur juga merancang untuk menambah satu atau dua slot buat atlet remaja.

Stadium berkenaan menganjurkan acara sukan pertama membabitkan perlawanan akhir Piala Emperor 1 Januari lalu.

Grand Prix Emas Tokyo sepatutnya diadakan pada 10 Mei, manakala acara olahraga Olimpik berdasarkan jadual asal bermula dari 24 Julai hingga 9 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 2:48 PM