KYRGIOS umum tidak beraksi di Piala Laver 2022. FOTO AFP
KYRGIOS umum tidak beraksi di Piala Laver 2022. FOTO AFP
Reuters

Sydney: Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios tidak akan mengambil bahagian di Piala Laver 2022 kerana dia mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

"Tidak ada saingan Piala Laver buat saya tahun ini. Mahu menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan teman wanita saya yang cantik," kata Kyrgios di Instagram.

Pemain berusia 27 tahun itu yang kalah kepada Novak Djokovic di final Wimbledon bulan lalu menjadi sebahagian daripada pasukan Pilihan Dunia dalam empat edisi sebelum ini.

Mereka dikalahkan pasukan Pilihan Eropah dalam semua kejohanan berkenaan.

Piala Laver 2022 akan diadakan di London dari 23 hingga 25 September di London.

Ketua pasukan Pilihan Dunia, John McEnroe menyenaraikan Felix Auger-Aliassime, Taylor Fritz dan Diego Schwartzman.

Sementara itu, Rafael Nadal, Novak Djokovic, Roger Federer dan Andy Murray akan bergandingan bersama-sama buat kali pertama untuk pasukan Pilihan Eropah yang diketuai Bjor Borg.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2022 @ 8:50 AM