ROLAND Garros. FOTO Agensi
ROLAND Garros. FOTO Agensi
AFP

PENGANJUR Terbuka Perancis yang dikritik menunda kejohanan itu ke September tanpa mendapat pandangan persekutuan tenis lain mungkin terpaksa menangguhkannya seminggu lagi, menurut laporan awal pagi tadi.

Kejohanan Grand Slam tanah liat itu yang ditetapkan 20 September ditunda ke 27 September bagi memberi laluan kepada aksi kelayakan, menurut akhbar Le Parisien.

Persekutuan Tenis Perancis (FFT) enggan mengesahkan laporan tetapi berkata dalam kenyataannya: "FFT berhubung dengan badan antarabangsa, ATP, WTA, ITF dan menunggu kalendar disahkan oleh mereka."

FFT mengejutkan dunia tenis pada Mac lalu sejurus sebelum Perancis berdepan perintah berkurung dengan menunda slot asal pada 24 Mei-7 Jun ke September.

Jika kejohanan ditangguhkan sehingga 27 September, ia memberi tempoh rehat dua minggu selepas Terbuka AS yang dijadualkan tamat 13 September.

Wimbledon yang sepatutnya berlangsung daripada 29 Jun sehingga 12 Julai telah pun dibatalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 9:32 AM