Haziq tunjuk skil menggelecek antara topi keledar di premis kedainya. FOTO MHC
Haziq tunjuk skil menggelecek antara topi keledar di premis kedainya. FOTO MHC

RAMAI di kalangan atlet kebangsaan menjalani latihan dalam kawasan kediaman atau premis tertutup untuk kekal cergas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula 18 Mac lalu.

Tidak terkecuali beberapa atlet hoki kebangsaan antaranya Haziq Samsul yang mempamerkan skil menimbang dan menggelecek bola menggunakan kayu hoki.

Dalam klip video kurang satu minit dimuat naik di facebook Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) Haziq menunjukkan skil menggelecek di celah-celah topi keledar yang disusun rapi.

Paparan di facebook MHC turut mendorong peminat hoki untuk terus menjalani latihan.

Tidak boleh turun ke turf untuk buat latihan hoki?

Tiada masalah! Ikut cara pemain negara, Haziq Samsul menggunakan ruang di kedainya dan barangan di dalam kedainya sebagai peralatan tambahan untuk melakukan latihan hoki.

Tengku Ahmad Tajuddin bersenam di rumah bersama anak-anaknya.
Tengku Ahmad Tajuddin bersenam di rumah bersama anak-anaknya.

Tidak terkecuali aksi menarik Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil bersenam bersama anak-anaknya dan corak latihan di rumah penjaga gol negara, Hairi Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 2:01 PM