Thiago Seyboth Wild bersama trofi yang dimenangi. FOTO AFP
Thiago Seyboth Wild bersama trofi yang dimenangi. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN remaja Brazil, Thiago Seyboth Wild menjadi pemain termuda memenangi Golden Swing Amerika Selatan sejak Rafael Nadal pada 2005 apabila menewaskan pemain pilihan kedua dari Norway, Casper Ruud 7-5 4-6 6-3 di Terbuka Chile, awal pagi ini.

Pemain berusia 19 tahun terbaring di atas gelanggang dalam keadaan kegembiraan selepas Ruud pukulan balas backhand terkeluar dalam mata penentuan.

Seyboth Wild melakukan 17 ace untuk mengakhiri kejuaraan pertama peringkat jelajah.

Ruud terkejut dengan aksi Seyboth Wild, yang dua tahun lebih muda daripada pemainnya.

“Dia beraksi dengan aksi tenis menakjubkan sepanjang minggu. Saya mungkin terlalu kecewa dengan kekalahan ini,” kata Ruud.

“Dia membuktikan dia berhak memperoleh tiket wildcard dan memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin. Sekali pun saya tidak begitu berpengalaman, saya dapat menjangkakan dia akan berada di sekeliling untuk banyak tahun lagi.”

Perjalanan untuk kejuaraan itu bukan mudah buat Seyboth Wild ketika dia mengatasi pemain pilihan kelima dari Argentina, Juan Ignacio Londero pada pusingan kedua sebelum mara mengatasi pilihan utama Cristian Garin apabila pemain Chile itu menarik diri berikutan kecederaan pergelangan kaki.

Pemain ranking 182 Seyboth Wild, yang hanya memulakan minggu ini dengan dua kemenangan peringkat jelajah menjadi pemain Brazil termuda memenangi kejuaraan ATP.

Dia dijangka memperbaiki kedudukan ranking kepada 113 pemain dunia apabila ranking terbaharu di keluarkan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 11:14 AM