Monfils bersama trofi Terbuka Montpellier yang dimenangi. FOTO AFP
Monfils bersama trofi Terbuka Montpellier yang dimenangi. FOTO AFP
AFP

PEMAIN Perancis, Gael Monfils memenangi gelaran pertama sepanjang setahun selepas mengesahkan kejuaraan di Kejohanan ATP Montpellier, awal pagi ini, dengan kemenangan straight set ke atas pemain Kanada, Vasek Pospisil, 7-5, 6-3.

Pemain popular berusia 33 tahun, yang juga pemain nombor sembilan dunia dan pilihan utama di Montpellier, kali terakhir memenangi jelajah di Rotterdam tahun lalu namun terlalu bagus buat Pospisil, yang berada di ranking 132.

"Saya fikir beraksi dengan baik dan sangat gembira dengan bagaimana saya menguruskan detik penting," kata Monfils.

Ini adalah kemenangan kesembilan dalam karier buat Monfils dan yang ketiga di Montpellier, di mana dia turut menang pada 2010 dan 2014, yang memperlihatkan dia melonjak satu tangga ke kedudukan kelapan dalam ranking dunia.

"Ia adalah minggu yang hebat, Saya sangat gembira untuk menang sekali lagi di Perancis," tambahnya.

Pospisil dijangka memberi saingan kepada lawan yang lebih hebat dan misinya menjadi lebih sukar selepas gagal memberi tentangan ketika tampil beraksi dalam keadaan kaki kanan yang cedera.

Bagaimanapun pemain berusia 29 tahun itu boleh berbangga layak ke final selepas mengetepikan pemain nombor 10 dunia, David Goffin dalam pertembungan empat terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 11:26 AM