ABU Samah dibebaskan hari ini. FOTO NSTP
ABU Samah dibebaskan hari ini. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


SELEPAS empat hari ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pemberian beberapa kontrak bernilai RM325,000, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab dibebaskan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill yang memaklumkan bahawa beliau ada bercakap depan Abu Samah selepas dibebaskan SPRM.

Amarjit berkata, Abu Samah memaklumkan beliau kini berada dalam keadaan baik dan tidak berdepan dengan sebarang masalah.

“Ya, saya ada bercakap dengannya. Semuanya dalam keadaan baik dan beliau mempunyai semangat juang yang tinggi. Saya pasti semua akan ok tidak lama lagi,” katanya.

Khamis lalu, Abu Samad ditahan untuk membantu membantu siasatan membabitkan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah selain mempunyai kaitan dalam pemberian kontrak membabitkan beberapa projek sebelum ini.

Anggaran keseluruhan projek berkenaan mencecah RM325,000 membabitkan pemberian tender dan projek yang mempunyai kepentingan kepada individu tertentu.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Abu Samah gagal apabila panggilan tidak dapat dijawab.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 5:55 PM