Deeney terlepas peluang menjaringkan gol kemenangan selepas gagal menyempurnakan penalti. FOTO Reuters
Deeney terlepas peluang menjaringkan gol kemenangan selepas gagal menyempurnakan penalti. FOTO Reuters
Reuters

WATFORD melebarkan rekod tanpa kalah enam kali berturut-turut selepas terikat 0-0 dengan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Namun, malang buat kapten Watford, Troy Deeney apabila melepaskan peluang terbaik menjaringkan gol kemenangan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.

Tottenham, yang kini tanpa kemenangan dalam empat perlawanan liga, juga melepaskan beberapa peluang menghasilkan jaringan terutama menerusi Lucas Moura pada separuh masa pertama.

Keputusan itu menyaksikan Watford meraih 14 mata daripada tujuh perlawanan di bawah kendalian pengurus baharu Nigel Pearson, dan naik ke kedudukan ke-16 liga.

Sementara itu, Tottenham pula menghuni tangga ketujuh dengan mengumpul 31 mata daripada 23 perlawanan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 11:33 PM