WAN Kuzain (kiri) ketika sesi latihan. FOTO Hafiz Sohaimi
WAN Kuzain (kiri) ketika sesi latihan. FOTO Hafiz Sohaimi
Syazwan Msar


TEKA-TEKI mengenai bintang muda Malaysia yang berkelana di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal sama ada dia bakal mengisi senarai 20 pemain ke Sukan Sea akan diketahui hari ini.

Perkara itu disahkan jurulatih Skuad Bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee yang mengesahkan setakat ini belum ada keputusan mengenai status pemain berkenaan.

Beliau berkata, terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan dan penyokong diharap bersabar menunggu keputusan terbabit.

“Ada beberapa isu yang perlu diselesaikan dan jika tidak, kita terpaksa melupakan khidmat Wan Kuzain untuk bermain di Sukan Sea,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad B-22 di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Wan Kuzain hanya selangkah menyarung jersi kebangsaan selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk berdepan masalah pasport.

Malah, Wan Kuzain turut berazam mempamerkan aksi terbaik seterusnya membantu pasukan negara memenangi Sukan Sea sebagai membalas jasa.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 4:30 AM