Lorenzo Dalla Porta dari Itali meraikan kemenangan perlumbaan Moto3 di Grand Prix Australia, hari ini. FOTO AFP
Lorenzo Dalla Porta dari Itali meraikan kemenangan perlumbaan Moto3 di Grand Prix Australia, hari ini. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Itali, Lorenzo Dalla Porta dinobatkan juara perlumbaan Moto3 hari ini selepas memenangi Grand Prix Australia bersama jentera Honda ketika pencabar terdekat, Aron Canet terkeluar dari saingan.

Pelumba berusia 22 tahun itu memulakan perlumbaan di kedudukan petak keenam di Phillip Island, Australia dan selesa mendahului dengan 47 mata daripada pelumba Sepanyol dalam kedudukan carta kejuaraan dunia sekali gus hampir pasti menjadi pilihan untuk merangkul gelaran kejuaraan itu.

Dalam perlumbaan sengit itu, dia memastikan pecutan di litar seterusnya menguasai pusingan akhir untuk mengatasi rakan sepasukan pelumba Honda, Marcos Ramirez dan KTM's Albert Arenas, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Dalla Porta beraksi konsisten tahun ini, dengan tiga kemenangan dan 10 podium, selesa untuk memenangi kejuaraan dunia dengan baki dua perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 10:48 AM