LYON tewas 0-1 di tangan St Etienne hasil jaringan Robert Beric (kiri). — FOTO Reuters
LYON tewas 0-1 di tangan St Etienne hasil jaringan Robert Beric (kiri). — FOTO Reuters
Reuters

OLYMPIQUE Lyonnais berpisah dengan jurulatih Sylvinho dan menamakan Gerald Baticle sebagai pengendali sementara, umum kelab Ligue 1 Perancis itu awal pagi tadi.

Lyon menghuni tangga ke-14 carta dengan sembilan mata selepas sembilan perlawanan, menang dua aksi di bawah kendalian Sylvinho, seri tiga dan kalah empat.

Perlawanan terakhir kendaliannya adalah ketika kalah 0-1 di tangan kelab musuh setempat St Etienne, Ahad lalu.

Pasukannya bertindak lebih bagus dalam Liga Juara-Juara, meraih empat mata daripada dua perlawanan untuk menduduki tangga kedua Kumpulan G.

SYLVINHO gagal bertindak baik bersama Lyon. — FOTO AFP
SYLVINHO gagal bertindak baik bersama Lyon. — FOTO AFP

Bekas pertahanan kiri Brazil itu bersara pada 2011 selepas beraksi dengan kelab seperti Arsenal, Barcelona dan Manchester City.

Beliau bekerja sebagai pembantu Roberto Mancini di Inter Milan dan kemudian bersama pasukan kebangsaan Brazil sebelum dilantik sebagai jurulatih pasukan utama buat kali pertama bersama Lyon Mei lalu, menggantikan Bruno Genesio.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 7:51 AM