Chiellini diasak pemain Parma dalam aksi pembukaan Juventus pada saingan Serie A. FOTO Reuters
Chiellini diasak pemain Parma dalam aksi pembukaan Juventus pada saingan Serie A. FOTO Reuters
Reuters

KAPTEN Juventus, Giorgio Chiellini memberikan penyandang kejuaraan liga itu kemenangan 1-0 di Parma dalam perlawanan pembukaan Serie A musim baharu awal pagi ini, walaupun beraksi tanpa jurulatih baru mereka Maurizio Sarri yang kini baru pulih dari pneumonia.

Chiellini menjaringkan gol pada minit ke-21 selepas pemain Parma gagal mengeluarkan bola dari sudut padang untuk membolehkan pasukan Turin memulakan kemenangan dalam usaha mereka mengejar kejuaraan gemilang buat kali ke sembilan dalam liga.

Cristiano Ronaldo juga berjaya menjaringkan gol sebelum waktu rehat namun usahanya dinafikan menerusi VAR apabila pemain berkenaan didapati ofsaid hanya beberapa milimeter apabila dia menyambut hantaran Douglas Costa.

Ronaldo memperolehi beberapa lagi peluang dan menyaksikan dua usahanya diselamatkan oleh penjaga gol Parma, Luigi Sepe dalam aksi mengecewakan buat pemenang Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 8:46 AM