PEMAIN Melaka ketika penentuan penalti.
PEMAIN Melaka ketika penentuan penalti.
Syazwan Msar


PASUKAN Melaka akhirnya berjaya menebus kekalahan final 2018 apabila menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti dalam saingan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2019, di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Melaka Nurul Azurin Mazlan apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti seterusnya membolehkan skuad kendalian Jamil Hassan bergelar juara menerusi jaringan 3-1.

Separuh masa pertama menyaksikan Melaka lebih banyak melakukan serangan merbahaya namun ketumpulan bahagian serangan menyebabkan gagal menerjah jaring.

Skuad kendalian Mohamad Zulkifli Jaafar pula gagal melakukan serangan berbahaya sekali gus tiada jaringan dicipta pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Melaka hampir memecah kebuntuan gol apabila Dadree Rofinus apabila menyepak masuk gol pertama namun dinafikan apabila berada di kedudukan ofsaid.

Kedudukan kekal sehingga tamat 90 minit perlawanan manakala masa tambahan 30 minit turut menyaksikan tiada jaringan dicipta hingga ke penentuan sepakan penalti.

Namun, kegagalan Kedah menyempurnakan tiga sepakan penalti memberi kelebihan kepada Melaka untuk menjulang piala berkenaan dengan jaringan 3-1.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 12:57 AM