FEDERER menjalani latihan di Wimbledon menjelang aksi menentang Nishikori esok.   - FOTO AFP
FEDERER menjalani latihan di Wimbledon menjelang aksi menentang Nishikori esok. - FOTO AFP
AFP

ROGER Federer berpeluang mencatat kemenangan ke-100 di Wimbledon esok dan menempah pertembungan separuh akhir sensasi menentang Rafael Nadal.

Pertembungan kali ke-40 membabitkan kedua-dua pemain paling berjaya dalam sukan tenis itu tidak dapat dielakkan berdasarkan barisan pemain beraksi pada peringkat suku akhir yang menampilkan lima pemain berusia lebih 30 tahun.

Jika berlaku, ia perlawanan kali pertama mereka di All England Club sejak 2008 yang dimenangi Nadal dalam final yang dianggap paling sengit dalam sejarah kejohanan.

Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu melepasi halangan masing-masing dengan juara lapan kali, Federer menentang Kei Nishikori manakala Nadal, juara dua kali menentang pemain mempunyai servis kencang, Sam Querrey.

Juara bertahan dan pemenang empat kali, Novak Djokovic bakal menunggu mereka di final.

Federer yang berusia 37 tahun adalah pemain tertua yang beraksi di suku akhir sejak Jimmy Connors pada 1991.

Dia mara ke suku akhir ke-17nya di All England Club dan ke-55 kejohanan utama selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini dalam masa 74 minit dan hanya kehilangan lima ‘games’.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 7:18 PM