AKSI Nicol ketika menentang Nour El Tayeb (kanan), hari ini. - FOTO Agensi
AKSI Nicol ketika menentang Nour El Tayeb (kanan), hari ini. - FOTO Agensi
Ferzalfie Fauzi

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David mengucapkan selamat tinggal dalam sukan skuasy selepas mengakhiri kempen di Terbuka British sebentar tadi.

Aksi pusingan kedua kejohanan berkenaan adalah titik noktah buat juara dunia sebanyak lapan kali itu.

Pemain Mesir, Nour El Tayeb menjadi individu terakhir beraksi bersama Nicol di pentas antarabangsa selepas dia mencatat kemenangan 3-1.

Nicol yang juga bekas pemain nombor satu dunia terpaksa akur dengan kehebatan pilihan ketiga kejohanan apabila kalah 4-11, 7-11, 13-11, 5-1.

Selain Nicol, turut mengambil keputusan bersara selepas Terbuka British ialah tiga pemain wanita England, Fiona Moverley, Jenny Duncalf dan Laura Massaro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 10:31 PM