Ronaldo bersama rakan sepasukan Juventus yang memenangi kejuaraan Serie A. FOTO AFP.
Ronaldo bersama rakan sepasukan Juventus yang memenangi kejuaraan Serie A. FOTO AFP.
Agensi

DIA baru semusim di Itali, tetapi Cristiano Ronaldo sudah menunjukkan belangnya apabila memenangi Pemain Terbaik Tahunan Serie A.

Menurut laman web Goal, Ronaldo akan diberikan anugerah berkenaan sebelum perlawanan menentang Atalanta pada awal pagi esok.

Kebiasaannya, anugerah individu bagi Serie A diserahkan kepada pemain pada penghujung musim. Juventus ketika ini mempunyai baki dua perlawanan, walaupun mereka sudah mengesahkan juara liga.

Ronaldo menjaringkan 21 goal dalam 30 perlawanan liga, pembantu jaringan sebanyak lapan kali buat Juventus pada musim ini.

Bintang Portugal itu turut menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Juara-Juara, dan satu gol di Supercoppa Italiana.

Cristiano Ronaldo. FOTO Reuters.
Cristiano Ronaldo. FOTO Reuters.

Ia pertama kali pemain dipilih menyamai anugerah di England, Sepanyol dan Itali.

Menjelang pengumuman itu, Ronaldo memuat naik di dalam Twitter mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.

Ketua jurulatih itu akan meninggalkan kelab sebelum bermula musim depan. Dalam keputusannya presiden Juventus, Andrea Agnelli berkata “Ia adalah keputusan yang paling sukar dilakukannya.”

Ronaldo memuat naik : “Terima kasih Mister! Kita mengharungi musim pertama bersama namun ia sangat hebat kerana di sebalik tugas sebagai jurulatih hebat, kamu adalah lelaki baik. Saya sangat berbesar hati berkerja dengan kamu!”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 12:38 PM