PEMAIN Wales, Owain Dolan-Gray (kiri) cuba mengekang kemaraan pemain Kanada, Mark Pearson di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. — FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN Wales, Owain Dolan-Gray (kiri) cuba mengekang kemaraan pemain Kanada, Mark Pearson di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. — FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Saiful Affendy Sapran


WALES membuktikan kedudukan ranking bukan menjadi ukuran apabila menewaskan pasukan di ranking ke-10 dunia, Kanada 3-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Di atas kertas, Wales yang menghuni ranking ke-24 dunia pada awalnya dilihat bukan pencabar kepada Kanada namun segala-galanya berubah ketika aksi di tengah padang.

Ketua jurulatih Kanada, Gregg Clark mengakui pemainnya gagal beraksi dengan baik.

“Ini bukan permulaan yang kami mahukan. Segala-galanya tidak menjadi dan ia agak mengecewakan.

PEMAIN Wales, Naughalty (tengah) meraikan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti. — FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN Wales, Naughalty (tengah) meraikan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti. — FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“Kekalahan ini memberi tamparan kepada kami dan perlu bangkit semula pada perlawanan esok bertemu Austria.

“Apa pun ia baru perlawanan pertama dan kami tetap optimis mampu muncul juara kumpulan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Wales mendahului menerusi pukulan sudut penalti James Carson pada minit ke-30 sebelum Luke Hawker menambah gol kedua tiga minit kemudian hasil jaringan padang.

Iain Smythe merapatkan jurang menerusi gol padang pada minit ke-42 namun Joseph Naughalty mengesahkan kemenangan Wales dengan menyumbat gol ketiga hasil pukulan sudut penalti tiga minit sebelum tamat.

Satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan Austria membelasah Belarus 5-0.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2019 @ 7:25 PM