Pemain Barcelona Ousmane Dembele (kiri). FOTO Reuters.
Pemain Barcelona Ousmane Dembele (kiri). FOTO Reuters.
Reuters

BARCELONA menyenaraikan pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele dalam skuad mereka untuk perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Manchester United, awal pagi Khamis ini.

Pemain itu terpaksa diketepikan berikutan mengalami kecederaan hamstring, kali terakhir dia beraksi ketika Barca mencatat kemenangan 5-1 ke atas Lyon dalam kelompok 16 terakhir perlawanan kedua pada 13 Mac, dan sedang menunggu laporan kesihatan untuk membolehkan dia beraksi.

Ernesto Valverde menyenaraikan 22 pemain pada Isnin yang akan berkunjung ke Manchester, dengan empat daripadanya akan diketepikan menjadikan 18 pemain dalam skuad itu pada hari perlawanan.

Dembele menunjukkan aksi terpuji di Barcelona musim ini selepas bergelut pada kempen di awal musim susulan perpindahan dari Borussia Dortmund pada Ogos 2017 dengan nilai RM679.23 (147 juta Euro).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 10:19 PM