KIAN Meng (kanan) dan Pei Jing beraksi pada suku akhir Terbuka Malaysia, hari ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
KIAN Meng (kanan) dan Pei Jing beraksi pada suku akhir Terbuka Malaysia, hari ini. — FOTO Syarafiq Abd Samad
Ferzalfie Fauzi


BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul wakil tunggal negara ke separuh akhir Terbuka Malaysia esok selepas mengalahkan Ahmad Tontowi-Winny Oktavina Kandow dari Indonesia, malam ini.

Kian Meng-Pei Jing bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-16, 21-16 dalam masa 54 minit pada suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Mereka akan berdepan beregu China, Wang Yilyu-Huang Dongping pada separuh akhir esok.

Yilyu-Dongping sebelum itu menyekat beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-19, 16-21, 27-25 dalam masa satu jam 22 minit.

Selepas tidak menang sebarang perlawanan tahun ini, Kian Meng Pei-Jing yang menduduki ranking ke-38 dunia mempamerkan peningkatan mendadak termasuk menumpaskan pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun pada pusingan pertama Selasa lalu.

Berdasarkan rekod pertemuan, Kian Meng-Pei Jing tidak pernah menang ke atas Yilyu-Dongping dalam lima pertemuan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 10:40 PM