RAMSEY (kanan) jadi rebutan antara Liverpool, Chelsea dan Juventus. -Foto Reuters
RAMSEY (kanan) jadi rebutan antara Liverpool, Chelsea dan Juventus. -Foto Reuters
Agensi

LONDON: Juventus kini bersedia untuk memburu tandatangan pemain Arsenal, Aaron Ramsey.

Pemain tengah itu juga dimahukan Liverpool dan Chelsea apabila dia akan menjadi pemain bebas pada penghujung musim ini. 

Begitupun Juventus memiliki kelebihan berbanding pencabarnya yang lain. 

Disebabkan pemain antarabangsa Wales itu boleh berpindah secara percuma, dia boleh menandatangani pra perjanjian dengan bayaran lumayan pada Januari.

Tanpa yuran perpindahan, Ramsey boleh meminta gaji sekitar £250,000 (RM1.37 juta) seminggu.

Juventus, juara tujuh gelaran Serie A sebelum ini, kini enam mata di persada liga Itali dan pengurusnya, Massimiliano Allegri adalah peminat pemain tengah berusia 27 tahun itu.

Liverpool dan Chelsea boleh memancing Ramsey untuk kekal di England bersama keluarganya — namun prospek hampir meraih gelaran bersama Juventus dan peluang bergandingan dengan Cristiano Ronaldo boleh memainkan peranan penting.  

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 10:59 AM