OZIL (kiri) perlu pamer prestasi terbaik. FOTO/AGENSI
OZIL (kiri) perlu pamer prestasi terbaik. FOTO/AGENSI
AFP

CARDIFF (United Kingdom): Unai Emery baru menempuh beberapa perlawanan bersama Arsenal namun beliau kini terpaksa berdepan dengan masalah yang ditinggalkan Arsene Wenger.

Mesut Ozil antaranya, tiba di Stadium Emirates dari Real Madrid lima tahun lalu dengan harapan untuk membawa Arsenal ke era baru namun Wenger dilihat lebih banyak menghabiskan masa mempertahankan persembahan pemain tengah Jerman itu.

Tiga minggu sebelum musim baru bermula, pengganti Wenger sebagai pengurus Gunners mula dapat menghidu apa yang terbaik untuk Ozil dan mendapati ia bukan tugas yang mudah.

Sekiranya Emery dapat melakukannya dengan berkesan, tugasnya untuk memastikan Arsenal menamatkan saingan di kedudukan keempat terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara akan menjadi lebih mudah.

Jika gagal seperti Wenger, dia perlu terus bijak untuk memikirkan bagaimana cara terbaik mengawal prestasi pemain.

Wenger sentiasa mempertahankan pemain, menonjokan kualiti yang dimilik Ozil yang lebih bersahaja ketika beraksi dan ketika membuat hantaran kepada rakan pasukan.

Pemain serba boleh itu baru saja mengikat perjanjian baru dengan kontrak tiga tahun setengah dengan gaji bernilai £350,000 (RM1.8 juta) seminggu pada Januari lalu.

Namun karier Ozil di Arsenal tidak begitu menyerlah dan pendekatan yang digunakan Wenger untuk mendapatkan yang terbaik sama seperti ketika Ozil bermain untuk negara itu tidak menjadi.

Emery nampaknya perlu mengambil pendekatan berbeza dan menafikan ketegangan yang berlaku dalam kem Arsenal selepas penyerang itu terlepas peluang ketika mereka mencatatkan kemenangan ke atas West Ham kerana kecederaan.

Namun kecergasan pemain itu semakin baik dan Emery mengesahkan Ozil akan kembali membarisi kesebelasan utama apabila berdepan Cardiff, esok.

“Dia berlatih seperti biasa bersama kelab pada setiap sesi minggu ini,” kata Emery.

“Kami mula berlatih pada Selasa dan dia berlatih bersama pasukan setiap hari. Dia OK. Saya juga sentiasa memantau kesihatannya setiap hari.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 9:00 AM