FEDERER terpaksa lupakan  Montreal kerana jadual padat. FOTO/AFP
FEDERER terpaksa lupakan Montreal kerana jadual padat. FOTO/AFP
AFP

Los Angeles: Juara lapan kali Wimbledon, Roger Federer menarik diri daripada menyertai kejohanan ATP Piala Rogers bulan depan di Toronto akibat masalah jadual.

Federer yang berusia 36 tahun itu berkata dia kini perlu lebih memilih untuk menyertai kejohanan musim ini.

“Saya kecewa tak dapat beraksi di Piala Rogers pada musim panas ini,” kata pemain nombor dunia itu.

“Saya mempunyai saat fantastik di Montreal tahun lalu dan gembira beraksi di hadapan penyokong Canada. Tapi pada masa sama saya perlu mengambil kira faktor usia selain jadual kejohanan. Oleh itu saya terpaksa menarik diri dari Toronto tahun ini.”

Jeremy Chardy dari Perancis akan mengambil tempat Federer dalam undian utama.

Menurut penganjur, kejohanan itu yang akan berlangsung di Universiti Toronto York pada pada 4-12 Ogos akan menampilkan 19 daripada 20 pemain ranking teratas dunia temasuk juara Wimbledon, Novak Djokovic dan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal.

“Kami tidak bernasib baik kerana Roger tidak dapat ke Toronto kali ni,” kata jurucakap, Karl Hale.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 8:18 AM