PENJAGA gol Tunisia, Mouez Hassen (kiri) meninggalkan padang ketika aksi menentang England selepas mengalami kecederaan bahu yang serius. FOTO AFP
PENJAGA gol Tunisia, Mouez Hassen (kiri) meninggalkan padang ketika aksi menentang England selepas mengalami kecederaan bahu yang serius. FOTO AFP
Reuters

PENJAGA gol Tunisia, Mouez Hassen hanya mampu menikmati Piala Dunia selama 16 minit selepas mengalami kecederaan bahu yang serius ketika pasukannya tewas 2-1 kepada England dalam aksi Kumpulan G pada Isnin lalu, demikian menurut jurucakap pasukan.

Hassen terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan di Volgograd itu dan terpaksa melupakan baki perlawanan selepas dijangka mengambil masa lama untuk pulih. Dia akan pulang ke kelabnya yang beraksi di divisyen dua, Chateauroux untuk rawatan selanjutnya.

Hassen mengalami kecederaan selepas berlaga dengan pemain tengah England, Jesse Lingard dan digantikan Farouk Ben Mustapha yang melepaskan jaringan kemenangan England pada minit akhir perlawanan oleh Harry Kane.

Hassen yang dilahirkan di Perancis beraksi untuk Tunisia pada awal tahun ini dan melakukan penampilan pertama pada Mac. Dia sebelum ini beraksi untuk skuad Bawah 21 Tahun Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 6:44 PM