PEMAIN Sweden miliki kelebihan dari segi ketinggian. FOTO/AFP
PEMAIN Sweden miliki kelebihan dari segi ketinggian. FOTO/AFP
Reuters

NIZHNY NOVGOROD, Russia: Jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong berkata pemainnya dihantui ketinggian pemain Sweden ketika tewas pasukan itu tewas 0-1 dalam aksi sulung Kumpulan F Piala Dunia, malam tadi.

 Kekalahan itu menyaksikan peluang Korea untuk mara ke pusingan kalah mati buat kali ketiga tampak sukar.

 Dengan Jerman dan Mexico yang mengejutkan juara bertahan itu bakal menjadi lawan seterusnya, anak buah Tae-yong tidak mempunyai pilihan selain bermati-matian bagi mengutip seberapa banyak mata yang boleh untuk mara ke pusingan kalah mati.

 Dalam perlawanan menentang Sweden, Korea hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat sepanjang tempoh 90 minit dan penjaga gol, Cho Hyun-woo muncul penyelamat daripada menyaksikan pasukan berkenaan tewas dengan jumlah gol yang lebih besar.

 Pemilihan Hyun-woo sangat mengejutkan dan Tae-yong yang menggantikan Uli Stielike setahun yang lalu merasakan beliau sudah mempersiapkan pasukan dengan baik.

 "Kami terlalu ingin untuk memenangi perlawanan ini. Itu adalah apa yang dimahukan pemain bagi menghadapi perlawanan ini.

 "Selepas babak pertama kami tahu kami boleh menyesuaikan diri dengan ketinggian pemain mereka, jadi kami sudah buat persiapan terbaik dan pemain bermain mengikut apa yang dirancang. Namun, secara psikologinya, mereka sedikit bimbang dengan ketinggian pemain Sweden.

 "Pasukan lain akan berdepan kesukaran menentang Sweden yang menjadi ancaman pada Piala Dunia kali ini kerana ketinggian mereka," kata Tae-yong. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 1:18 AM