PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud (tengah) menanduk masuk gol pertama pasukan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Stadium Stamford Bridge. FOTO AFP
PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud (tengah) menanduk masuk gol pertama pasukan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Stadium Stamford Bridge. FOTO AFP
AFP

OLIVIER Giroud terus menghidupkan peluang Chelsea memburu kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris tatkala penyerang Perancis itu memastikan kemenangan 1-0 ke atas Liverpool sekali gus mengejutkan kembali finalis Liga Juara-Juara itu daripada lamunan.

Tandukan babak pertama Giroud di Stamford Bridge melonjak Chelsea di kedudukan kelima hanya dua mata dipisahkan dengan Tottenham dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara.

Kemenangan keempat berturut-turut itu menyamai rekod kemenangan terbanyak The Blues pada musim ini, ketika kedudukan ketiga dihuni The Reds kini dalam bahaya.

Ia adalah aksi yang mengecewakan buat Liverpool dalam saingan domestik selepas kejayaan separuh akhir Liga Juara-Juara di Roma, pertengahan minggu lalu.

Dalam pertarungan dramatik empat terbaik, Chelsea yang ketinggalan tiga mata di belakang Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Huddersfield pada Rabu ini sementara Tottenham bertemu Newcastle.

Kesudahan pertarungan dramatik itu hanya akan ditentukan pada aksi terakhir liga yang mana Chelsea berkunjung ke Newcastle dan Tottenhan melayani kunjungan Leicester.

Dengan hanya mencatat satu kemenangan daripada lima aksi terakhir, peluang kembali terbuka luas buat ketiga-tiga pasukan itu memburu tempat ketiga.

Skuad kendalian Jurgen Klopp boleh menjamin tiket ke Liga Juara-Juara musim depan sekiranya menjinakkan Brighton di Anfield pada Ahad ini.

Andai gagal, The Reds bagaimanapun masih berpeluang kembali ke pertandingan elit Eropah itu dengan menewaskan Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, 26 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 2:25 AM