PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere (kiri) ketika mengambil sepakan percuma.
PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere (kiri) ketika mengambil sepakan percuma.
AFP

PARIS: Arsenal mara ke kelompok 16 pasukan terakhir saingan Liga Europa walaupun tewas 1-2 pada perlawanan kedua menentang Ostersunds di London, sebentar tadi.

Dua jaringan pantas kelab kerdil Sweden itu diharap dapat mencipta kebangkitan sensasi di Emirates, namun jaringan Sead Kolasinac sejurus selepas bermula babak kedua menyaksikan Arsenal menang dengan agregat 4-2.

Gergasi utara London itu mara ke undian 16 terakhir hari ini, namun Ostersunds akan menerima pujian kerana persembahan berani dan berkualiti mereka.

“Pada kedudukan 2-0 kami rasa ada peluang. Kami bermain baik, menang perlawanan itu, namun ia sedikit kurang keajaiban,” kata jurulatih Ostersunds, Graham Potter kepada BT Sport.

Selepas mencipta kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu, pengurus pasukan, Arsene Wenger tampak selesa dan terperangkap dengan persembahan pelawat di Emirates.

PENYOKONG Ostersunds  meraikan kemenangan di Emirates. FOTO/AFP
PENYOKONG Ostersunds meraikan kemenangan di Emirates. FOTO/AFP

Pemain tengah, Hosam Aiesh menjaringkan gol pada minit ke-22 apabila mengejar hantaran Saman Ghoddos sebelum meledak ke penjuru yang sedikit terkena Calum Chambers.

Pertahanan tengah Arsenal sekali lagi terperangkap 69 saat kemudian ketika penyokong tuan rumah tergamam apabila pemain sayap Ken Sema mengelirukan Chambers dan meledak mengatasi penjaga gol Gunners, David Ospina.

Pasukan Liga Perdana Inggeris itu menamatkan aksi babak pertama dengan kelebihan 3-2 secara agregat tetapi diejek oleh penyokong mereka sendiri.

“Kami langsung tidak berupaya melawan dan ia belum cukup bagus,” kata pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere.

“Kami sudah melepasinya dan hanya itu dikira. Kami akan lihat siapa yang akan kami lawan esok dan kembali fokus bagi pertembungan besar Ahad ini.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 8:14 AM