FEDERER pada sidang media menjelang Terbuka Australia. Foto Reuters
FEDERER pada sidang media menjelang Terbuka Australia. Foto Reuters
Reuters

MELBOURNE: Roger Federer berkata pada usia 36 tahun, seseorang pemain itu tidak boleh dianggap sebagai calon pilihan kejuaraan terutama di kejohanan besar seperti Terbuka Australia yang berstatus Grand Slam.

Bintang tenis Switzerland yang juga penyandang juara di Mebourne berkata demikian ketika sidang media, hari ini sebelum dia memasuki gelanggang bagi menghadapi pemain Slovenia, Aljaz Bedene, Selasa ini.

Sekali pun pun kenyataan itu dibangkitkan olehnya sendiri, tiada siapapun tampak melihatnya sebagai serius dengan kemenangannya pada tahun lalu adalah gelaran Grand Slam ke-18 diraihnya.

Selain turut menamatkan kemarau lima tahun bagi menambah koleksi gelaran terulung tenis itu, Federer kemudian menambah satu lagi koleksi kemenangan Grand Slam di Wimbledon, beberapa bulan kemudian.

Dan ketika beberapa pengkritik meletakkan dirinya sebagai calon pemain keempat dalam tenis menjulang 20 kejuaraan Grand Slam dalam sejarah, Federer berpendapat sebaliknya dan tampak berat hati untuk menerima gelaran pemain pilihan.

“Dengan usia, saya rasa seperti saya merendahkan peluang saya kerana saya tidak fikir yang seseorang berusia 36 tahun sebagai calon pilihan kejohanan,” kata Federer.

“Itulah sebabnya mengapa saya melihat perkara dengan lebih tenang, kamu tahu, tahap berikutnya dalam karier saya.”

Federer berkata pemain seperti juara enam kali, Novak Djokovic dan Stan Wawrinka yang kedua-duanya kembali pulih daripada kecederaan jangka panjang memiliki kelebihan yang sama sepertinya pada tahun lalu.

“Tahun ini saya berharap untuk menang beberapa pusingan awal dan meneruskan saingan, di mana kejohanan pada tahun lalu lebih kepada ‘lihat apa yang berlaku’,” kata Federer yang diletakkan selaku pilihan kedua di belakang pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal.

“Mungkin ia agak sama seperti apa yang Novak atau Stan atau orang lalui pada tahun ini. Ia seperti, mari lihat apa yang akan berlaku. Jika kamu berada dalam undian, kamu memberikan diri kamu peluang. Ia berlaku kepada saya pada tahun lalu.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 8:41 PM